April 19, 2009

Bless Me... Mom!

Berat tanggungjawab yang digalas jika bergelar single parent. Itulah yang aku saksikan sepanjang perjalanan menuju alam kedewasaan. Kenapa? Sebab itulah yang ibu aku lalui hampir 9 tahun ini. August 31st, genap 9 tahun ibu aku melalui kehidupan sebagai ibu tunggal. Hakikat yang dilalui, memang sukar untuk aku gambarkan. Pada mata kasar, segalanya nampak sempurna dan hebat! Abang-abang dan kakak aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Giliran aku pula akan ke menara gading tidak lama lagi. Di sebalik semua kejayaan, banyak perkara yang perlu ibu aku korbankan. Daripada segi emosi, mungkin ibu dan along menerima tamparan yang hebat kerana ayah meninggal dunia begitu mengejut. Waktu itu, ibu tidak bekerja manakala along baru sahaja mula bekerja. Berat tanggungjawab along untuk menyara ibu dan 3 orang adik yang semuanya masih bersekolah. Apa yang membantu mengurangkan beban ialah simpanan ayah. Alhamdulillah, ayah tidak pernah menghampakan kami walaupun selepas ketiadaannya.


Siapa yang paling terasa dengan ketiadaan ayah? Sudah tentulah ibu. Sudah biasa hidup bersama untuk lebih 20 tahun tiba-tiba ayah pergi begitu sahaja. Peritnya perasaan, hanya Allah yang tahu. Syukur ke hadarat Ilahi, ibu aku cukup tabah untuk teruskan hidup. Kalau diikutkan umur abang-abang dan kakak aku ketika itu, mereka sudah tega untuk membuat keputusan sendiri. Aku merupakan kekuatan ibu untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Aku masih terlalu anak-anak untuk memahami keadaan waktu itu. Rupanya, banyak yang ayah pesan pada ibu. Waktu aku menginjak remaja, barulah aku memahami apa yang ibu lalui. Ayah pesan, aku perlu ditegur dengan baik sekiranya aku membuat kesilapan, jangan biarkan aku menangis, pastikan aku ke universiti seperti anak-anak yang lain, ajar aku supaya menjadi tabah seperti ibuku.... Begitu banyak yang perlu dilakukan untuk membesarkan aku seorang. Kerana itu, hati aku lebih keras berbanding yang lain. Aku perlu lebih cepat matang berbanding orang lain. Aku perlu lebih rasional dalam setiap keputusan yang dibuat. Banyak perkara dalam hidup ini yang perlu aku lakukan sendiri. Terima kasih ibu... Kerana itu, aku sentiasa pamerkan kasih sayang terhadap ibu. Tidak pernah aku biarkan ego remaja yang memberontak menjauhkan aku daripada ibu.


Program sekolah yang memerlukan aku untuk berada jauh daripada ibu, aku tolak kebanyakannya. Selepas angah ada di rumah kerana telah mula bekerja, barulah aku lebih senang hati untuk menyertai sebarang aktiviti. Itupun, hari-hari aku menelefon ke rumah. Memang anak manja ibu kan? Susah untuk berada jauh. Atas alasan itu, aku tidak berminat untuk ke luar negara. Aku lebih senang untuk mencapai impian dengan adanya ibu di sisi. Lagipun, ilmu kan ada di mana-mana. Selagi aku boleh berada di Malaysia, aku akan teruskan dengan pilihan itu. Impian aku boleh dicapai walaupun di sebarang universiti tempatan. Ibu memang berhajat untuk melihat aku ke luar negara, tapi aku tidak betah untuk berada jauh. Sekadar camping dalam N.9 pun sudah buat aku menelefon ibu setiap hari. Di negara orang? Tak tahulah apa yang akan aku lakukan. Aku ingin ibu tahu (walaupun sebenarnya ibu aku dah tahu), hidup aku hanya lengkap dengan adanya ibu. Itulah harta paling berharga yang aku ada. Aku tak cukup pandai untuk menjadi seorang doktor, jurutera ataupun peguam seperti yang diharapkan oleh ibu. Itupun aku dah cukup rasa bersalah. I love u so much, ibu! If anything happen to me, please continue your life happily. My love and faith will never fade. Bless me with your love...




video

April 17, 2009

They Complete My Life... (Part End)




Siapa ini? Inilah Muhammad Alif Hafriz b. Abdul Halim. Yo! Ni pun aku tak boleh kata rapat sangat. Tapi, kira boleh jer la (Ok kan Hafriz?). Kami berdiskusi tengok time. Bila aku ada banyak masa lapang dan dia pun tengah free, barulah aku borak-borak panjang sama dia. Sekarang ni susahla kot. Terpisah antara 2 negara. Hahaha... Aku kenal dia time hujung form 1 sampai awal form 2. Itu pun sebab aku attend English class. Kebetulan ditempatkan dalam kelas yang sama. Hmm.... He's 2 years older than me. Honestly speaking, aku dah lupa suara dia macam mana. Kami lebih banyak berhubung melalui Yahoo Messenger (YM), SMS, Facebook and Friendster. So, aku lost memory about his voice. To me, he's mature and wise. Hmm... Bukan sebab umur dia tapi memang personaliti dia sejak aku mula kenal dia. Memang rare nak tengok a wise young man during his high school life. Memories of us? Takde kot except he's my rival kat tempat tuisyen. Bukan salah aku tau... I'm born to be a maniac writer. Kalau tak menulis, tak lengkap hidup aku. Jadi macam-macam idea yang keluar everytime kena tulis essays. (Jangan jealous k?) Personally, he's kindda forgetful sometimes, bukan senang untuk buat dia bercakap, susah nak agak apa yang dia fikir, aku tak faham nak baca body language dia! Senang cerita, unpredictable but nice. To Hafriz (Dia marah aku pendekkan nama dia), hadap buku medic tu elok-elok ye? Duduk sana, jaga diri. Kau tu anak dagang kan? Hahaha... Perantau yang pergi untuk mencari ilmu. 1 thing yang kau tak tau, aku tak berani nak pandang direct dalam mata kau. Nanti aku blank nak cakap apa... Lawak betul! Kau pakai aura apa huh? Weyh! Kahwin nanti jangan lupa jemput aku! (Awek takde tapi aku dah suruh kau jemput aku pergi kenduri kau. Moga makbullah cakap aku ni. =D) Jangan lupa kat aku. Peace!

D.O.B - 24th April 1989 @ 18 Ramadhan 1409

Sign - Taurus

They Complete My Life... (Part 9)


Siapa ini? Inilah Aiman b. Awaludin. I know this guy through Pea. Lots of things happen and he seems closer to Nisah compared to the others. They look like bros and sistas. Haha... Maybe they compatible and comfortable with each other. Lama-lama, my friends pun rapat with this guy. Aku suka personaliti dia. Sempoi, easy-going, mudah adapt with everyone! Banyak cakap and suka komen macam-macam. Nak tanya pasal gadjets, boleh terus attack dia. Hehehe... He's mature. Susah sikit nak jumpa young man around his age to be this mature. Walaupun otak dia agak mereng, he has his own style to present himself. Cuma susah sikit nak buat dia dengar cakap orang. Kategori degil tahap dewa laa... Tapi sekarang ni, taklah degil macam dulu. Dah boleh bawa berbincang just masih giler dan buat benda bengong memang hobi dia. To Aiman, behave yourself. Stick to one girl at one particular time k? Kau memang sempoi and havoc! Remain bros and sista forever k? Take care!
D.O.B - 4th April 1992 @ 1 syawal 1412
Sign - Taurus

They Complete My Life... (Part 8)



Siapa ini? Inilah Sofea Farhanah bt. Shamsul Bahrin. Ini bukan kategori rakan sebaya tapi adik angkat kesayangan aku. Ni jer adik angkat perempuan yang aku ada. (Seorang ni pun banyak songeh eh!) Dalam ramai-ramai junior, aku pilih dia. Tak tahu laa kenapa. Tapi time form 1 dia cute sangat. Sangat manja dan sensitif. Senang cerita, semua benda pasal life dia ada dalam poket aku. Takde apa yang jadi rahsia. Tapi semua orang berubah kan? Sekali bah melanda, pantai pun berubah. Banyak tentang dia yang tak dapat aku nukilkan di sini. Terlalu peribadi bagi aku. Cukuplah kalau aku katakan yang suka duka kami lalui sama-sama. She's very special walaupun banyak benda yang buat aku migrain bila fikir pasal dia. This girl suka buat semua perkara ikut kepala dia. Nak dilarang, dia tetap buat juga. Bila dapat susah, datang mengadu. Memang classmates aku dah biasa dengan dia. Kalau nampak muka dia, mesti nak datang jumpa aku. Dialah perintis aku dalam Kelab Penyiaran. The only one yang aku boleh harapkan. All those moments we shared, won't be forgotten. To Pea, akak just nak Pea jadi lebih wise dalam hidup. Jangan buat tindakan melulu. Takde perkara yang mudah dalam hidup. Akak and the others care about u. Jadi, jangan hampakan kami.

D.O.B - 23rd January 1992 @ 18 Rejab 1412

Sign - Aquarius

They Complete My Life... (Part 7)



Siapa ini? Inilah Muhammad Azly b. Mohtar. Ini classmate aku masa form 1. Kenapa dia tersenarai dalam kategori orang-orang yang melengkapkan hidup aku? Aku pun tak tahu kenapa... So, jangan tanya. Masa form 1 dulu, ni lah budak lelaki yang paling cute dalam kelas aku. (Pada pandangan mata aku la) Hmmm... Macam mana aku rapat dengan dia? Sorry Azly tapi aku lupa macam mana kita boleh kamceng. Sebab pergi party birthday Amirul kot. Sebab aku rapat dengan dia ni lambat sikit. Azly bukanlah jenis orang yang mudah untuk didekati. Dia ambil masa untuk kenal hati budi seseorang. Dia bukan sombong tapi memang sikap dia macan tu. Azly tak banyak mulut dan hanya rapat dengan orang-orang di sekeliling dia sahaja. Kalau diikutkan sekarang, he's a cool guy. Banyak yang berubah tentang Azly kecuali sikap dia yang tak dapat adapt dengan persekitaran baru dengan cepat. Masa form 1 dulu, tak banyak memori aku dengan dia. Kami bukanlah banyak bercakap pun. Aku suka kenal dia and eager to know about him. No reason why! Yang rapat dengan dia masa tu are Piqa, Anoy, Anis, Shuttle. Yang lelaki pula Tishon, Hafiz and Amirul. Aku? Lebih banyak dengan duniaku. Perangai kami yang serupa, susah nak adapt dengan suasana baru sampailah aku mula belajar hidup sendirian lepas semua beshtie aku pergi boarding school. (Azly pindah KL time form 2) To Azly, thanx sebab sudi melawat kami kat Seremban ni hari tu. Nice hang out! Hope u success with your life. Walaupun banyak yang aku nak tahu tapi aku tak reti nak tanya. Glad to have u around.

D.O.B - 5th September 1991 @ 25 Safar 1412

Sign - Virgo

They Complete My Life... (Part 6)


Siapa ini? Inilah Muhammad Faridzman b. Samani. Macam mana aku kenal mamat ni? Sebab aku join CYA! Lagipun dia kat kelas sebelah time form 2. Tapi Pya yang kenal dia dulu. Prefect memang kenal semua orang agaknya. Nak kata close? Tak sangat pun tapi dia ni kelakar. Mulut pun agak tajam macam perempuan. Boleh tahan juga kalau bab-bab gosip ni. Time CYA dulu, perangai dia yang paling ketara, suka flirt around! Hahaha... Aku pun macam tak percaya tapi itulah Faridzman. Ramai juga orang yang panas hati dengan perangai dia tu tapi dia ni memang muka slumber. Buat tak kisah jer. Chaiyok la man! Tapi itu dulu la kot... Sekarang ni dah ok dah. Nak kata baik sangat tu, takdelah tapi taklah memeningkan kepala macam dulu. Hehehe... Tak banyak yang aku boleh kata pasal dia. Sebab... Adalah sebabnya. Tak sampai hati nak cerita. To Man, janganlah berubah jadi perangai lama. Yang baru ni, lebih sesuai aku rasa. Mulut kau pun jangan celupar sangat tau! Nanti aku cilikan baru kau tau. So, success in everything u do!
D.O.B - 25th February 1991 @ 10 Sya'ban 1411
Sign - Pisces

They Complete My Life... (Part 5)



Siapa ini? Inilah Ahmad Faris b. Ahmad Zulfaa. Siapa tak kenal boyot kan? Pencinta wanita! Faris ni aku kenal time form 2 juga. Itupun daripada Nisah and Pya. Hehehe... Sejak aku kenal dia, memang clumsy orangnya. Kadang-kadang cakap mengarut pun ada. Faris ni memang kreatif. Masa form 2, cantik betul dia lukis gambar siput. Memang nampak sangat real. Jealous sikit tengok orang pandai melukis ni. Siapa yang tak tahu yang dia ni suka nyanyi kan? Banyak betul kelebihan orang otak kanan ni... Faris? Banyak cakap tapi kalau kita tanya pendapat, dia tetap akan bagi walaupun dia sendiri takde idea. Tanpa dia sedar, kadang-kadang tu sikap dia boleh buat aku gelak sendirian. He's a good friend in his very own way. Thats what I like about him. Dia memang jadi diri dia sepenuhnya. Takde hipokrit! Dia tak pandai sorok masalah or kalau dia sedih. Kalau happy pula, memang overjoyed! Yang payahnya, dia malas PJ dan bersenam. Macam mana nak diet ni? To Boyot, thanks for everything k? Ur not annoying actually... Tapi kau memang pandai buat orang jadi marah sometimes. 1 je nak pesan, Jangan cakap nonsense banyak sangat. Nanti orang tak suka. Kawan kat universiti tak sama dengan kami kat sekolah. All the best! Belajar lukis potret! Boleh minta kau lukis muka aku ni. Hahaha...

D.O.B - 24th April 1991 @ 9 Syawal 1411

Sign - Taurus

They Complete My Life... (Part 4)



Siapa ini? Inilah Kamal Ariffin b. Norman. Kamal yang aku kenal dulu merupakan orang yang paling nerd yang aku pernah rapat. Aku kenal Kamal pun masa form 2. Nisah yang kenalkan kami dan dia monitor kelas. Hehehe... Mula-mula dulu, aku tak rapat pun dengan dia tapi mula sekitar Mac 2005 kami start dengan satu projek yang dinamakan Celcom Youth Ambassador (CYA). All those moments still fresh in my mind. Since that, aku close giler-giler dengan dia macam dah lama kenal. Aku kadang-kadang blur sikit dengan mamat ni sebab dia memang lambat tangkap kalau kita buat something yang dia tak faham. So, penatlah nak explain kat dia. Day by day, he changed a lot. Masa form 4 and form 5, kami sekelas lagi. So, memang banyak yang aku belajar daripada dia. (Dia ni anak yang patuh) Sekarang ni, dia bukan lagi nerd macam dulu tapi still suka buat muka blur. Rasa nak sekeh-sekeh jer! Kamal memang komited dan responsible. Bertuah siapa yang jadi isteri dia nanti. (Ni nak promote member aku) I mean it! To Cam, aku appreaciate kau as my dear friend. I won't treat u like trash! Hope we'll always be friends. Aku takut tengok kau marah. Next time jangan mengamuk lagi yer? Peace!

D.O.B - 6th September 1991 @ 26 Safar 1412

Sign - Virgo

They Complete My Life... (Part 3)


Siapa ini? Inilah Siti Nur Sofia bt. Mohd Hasnafiah. Budak bio yang giler! Tak sudah-sudah cakap pasal medic. Poning den! Sama macam Nisah, aku kenal dia time Form 2. Ibarat tarikan magnet yang buat aku jadi kawan dia. Aku suka tengok dia senyum. Ada lesung pipit. Sesuai sangat kalau kau nak jadi dentist, gigi kau cantik. Hehe... Aku pun tak pernah kenal dia time form 1 tapi sebab dia prefect, aku biasa tengoklah. If aku terima offer jadi prefect dulu, mesti aku kenal dia awal sikit. Aku jealous dengan rambut minah ni. Straight macam buat rebonding. Tapi hakikatnya memang rambut original. Sofia? Memang loud-speaker, mudah ketawa tapi mudah juga merajuk. Sometimes sensitif tapi kalau marah tak simpan dalam hati. She's clumsy! (Jangan marah yer) Tapi dia boleh diharap untuk buat apa-apa kerja cuma kena selalu remind. Nak nota? Pinjam jer kat dia. Aku memang sakit kepala sebab dia suka bertekak dengan Hanisah. Last-last, dua-dua kena cubit dengan aku. Garang kan aku? To Sofia, u are really havoc! Life ni confirm bosan kalau kau takde. Aku doakan kau dapat capai impin kau. Moga bahagia bersama si dia tersayang.
D.O.B - 7th October 1991 @ 28 Rabiulawal 1412
Sign - Libra

They Complete My Life... (Part 2)


Siapa ini? Inilah Hanisah bt. Mohd Shah. Perkenalan bermula ketika di tingkatan 2. Ibarat magnet, kami mula menjadi sahabat. Apa yang menarik tentang gadis ini? Senyumannya dan suara lunak dia. (Ikhlas ni yunk!) Walaupun mempunyai sifat leadership yang hampir sama dengan dia, aku mula malas nak jadi lead. Nisah kan ada? Aku jadi orang kanan jer lah... Frankly, aku sendiri tak sedar macam mana kami boleh mula berkawan. Kami tak pernah kenal pun masa tingkatan 1 dulu. Mula masuk tingkatan 2 Alauddin, masa lepas bersihkan kelas dan susun meja, kami memang macam dah fate duduk sama-sama. Nisah memang banyak cakap. All day long dia boleh bercakap non-stop. Yang paling aku suka, she's very straight-forward. Takde cakap-cakap belakang. Kalau ada apa-apa yang dia tak suka, we'll slow talk with each other. She's very happy-go-lucky, loud, huggable, and dedicated. Rindu nak tengok dia kawad masa dalam kadet polis dulu. To Nisah, I love u hunnybear! Thanks for everything!!!
D.O.B - 19th April 1991 @ 4 Syawal 1411
Sign - Aries

They Complete My Life... (Part 1)



Siapa ini? Inilah Meor Amirul Naqiuddin b. Ruslan. Ini merupakan antara orang paling awal yang rapat dengan aku ketika aku mula melangkah ke alam sekolah menengah. Walaupun dia lambat masuk, semakin aku kenal dia semakin banyak yang aku ingin tahu. (Dia suka cakap pasal kapal terbang!) Biarlah orang lain merasa jengkel, menganggap sahabat aku yang seorang ini seorang 'poyo'. Aku tak pernah malu untuk mengaku bahawa dialah sahabatku. Bagi anda yang tidak kenal dia, mungkin telah mendapat persepsi yang salah tentangnya. Bagi aku, dialah antara sahabat yang paling penting walaupun banyak kali buat aku pening. Pernah ada insiden yang hampir buat aku dan dia putus kawan. Kerasnya hati aku merajuk dengan dia. Alhamdulillah... Aku dapat atasi salah faham yang berlaku. (Tak guna merajuk lama-lama tapi adalah few months tak cakap dengan dia) Aku tak pasti dia ingat atau tak. To Amirul, walau apa yang orang lain cakap, I'm glad u are my beshtie! Kau jer yang hampir buat aku menangis. Tak percaya? Tanyalah Sofea. Dia saksinya... Hahaha... I'll always support u but not on any stupid things. (Aku hampir nangis dowh tulis ni) p/s: Nak tau tak? Aku dulu pernah ada crush kat kau! Hahaha... tapi tu dulu tidak lagi kini.



D.O.B - 15th July 1991 @ 13 Muharram 1412H

Sign - Cancer






Harmony Life

Stabilkah keadaan negara sekarang? Aku tak reti hal-hal politik tapi aku makin takut melihat perang yang sedang melanda. Turunnya Pak Lah dan naiknya Najib, apakah akan membawa perubahan? Memang terlalu awal untuk dinilai tetapi sekiranya PM sekarang disamakan dengan Tun Razak, memang terlalu jauh bezanya. Setiap pemimpin punya cara untuk meneruskan propaganda mereka namun diharapkan tidak terpesong daripada matlamat asal mereka diangkat menjadi pemimpin. Kita hanyalah orang awam yang memandang isu-isu semasa yang berlaku tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di peringkat akar umbi. Aku pernah teringin untuk terlibat dalam sains politik tapi bakat itu tidak ada dalam diri. Aku suka mendengar mereka berkata dan mengulas tapi sebenarnya kepercayaan yang ada masih jauh panggang daripada api.

Sebagai pelajar, aku cuma sangat berharap agar keharmonian ini dikekalkan. Janganlah apa-apa yang buruk jadi. Aku taknak lah timbulnya kecelaruan dan menyebabkan jatuhnya sebuah negara. Walaupun dah lebih 50 tahun kita mendapat kemerdekaan, situasi sebegini boleh meragutnya pada bila-bila masa. Sensitiviti kaum, masalah dalaman parti, salah guna kuasa, rasuah dan kurang turun padang seolah-olah sudah menjadi lumrah dalam hidup kita. Agaknya, ke mana hilang pemimpin yang berkaliber dan amanah? Saban hari di dada akhbar, banyak masalah yang berbangkit dan tidak dapat diselesaikan. Bila difikirkan balik, aku pula yang runsing. Akalku makin lambat menangkap apa yang sedang terjadi. Hahaha...

Alhamdulillah... Keadaan sekarang masih lagi terkawal. Pemimpin yang baru dengan propaganda politik yang baru. Dengan keyakinan yang sebegini, mampukah Malaysia terus bertahan? Doaku agar segala yang terjadi dapat bertemu jawapannya.

April 13, 2009

Professional Course vs. Diploma/Matrix

What should I say? After SPM results were announced, lots of things had to be done. Scholarship? Don't expect that with my results. I didn't do well actually. Geez! What a mess. I'm still with my decision. Accountancy will be a suitable future for me. I don't have the characteristic to be one. I challenge myself then. Kadang-kadang tak sangka langsung yang minat ni boleh ada kan? Daddy's girl. Hahaha... Aku dah survey Education Fair lepas dapat results. Tak banyak tolong sangat. Every booth terlalu padat dengan students. Susah nak masuk dan tanya macam-macam. But Accountancy Education & Career Fair (ACEF) was the best! Tak ramai orang dan khas untuk accountancy. What a pleasure to give a visit. Walaupun akan jadi sangat mencabar, I'll strive for the best. Bukan senang nak senang kan? Lagipun, my results tak best langsung! Aku just suka tengok P.Akaun aku dapat 1A. Even ada A lain, tapi ntahlaa... Tak bagi kesan sangat. ( Tu la payahnya kalau dah jumpa cinta hati!)

Aku ada 2 pilihan yang aku sendiri tak tahu mana yang akan sangkut. Aku memang nak pergi kursus profesional tapi kosnya lebih mahal. Dari segi kemampuan, susah aku nak bagi detail. Really hoping towards it! Kalau dapat score, probably boleh apply scholarship afterwards. Aku betul-betul nak go on with professional course. Bukan sebab matriks/diploma tak best tapi aku lebih senang dengan dunia aku. Professional course means aku takkan selalu bertembung dengan orang yang aku dah kenal lama. Most of them prefer to persue diploma/matriks. Honestly speaking, aku lebih aman belajar tanpa orang yang aku dah terlalu rapat. Maybe aku lebih suka jadi loner when its come to accounts. Aku suka jatuh dalam khayalan dan dunia aku sendiri bila nak buat homework akaun. Aku tak prefer any disturbance while I'm at it. Such a selfish but its really me!

Andai kata professional course is not my destiny, aku rela terima apa yang ada but aku memang akan cuba untuk bersemuka dengan lebih banyak orang baru. Aku perlukan ruang legar aku sendiri bila nak belajar. Dating with my accounts books! Yeah... Can't wait to start. Otak aku dah sangat stuck-up sebab dah lama tak usik buku akaun. Kat rumah, aku dah jadi lebih klasik. Aku kini nak habiskan Shakespeare yang along hadiahkan dan novel Jane Austen yang aku baru beli. Untuk pastikan otak aku ni tak beku, aku still with my Sudoku dan puzzle. Hahaha... Hope aku tak terlalu relax because aku perlu ready if they call me for an interview! Ayte? Till then...

April 12, 2009

My Family Tree

Get to know more about our ancestors is totally an interesting experience. Kadang-kadang bila balik kampung, aku jadi terpinga. Tak tahu pangkat apa dan apa kata ganti nama yang sesuai untuk digunakan. Ada anak-anak buah yang keberatan untuk panggil aku 'Mak Su' kerana jarak umur yang tidak jauh. Bagi aku, gelaran itu merupakan perkara yang essential dalam hidup. Aku tak pernah kekok untuk digelar sebegitu. Sometimes, I asked myself whether my action is right. The answer? Yes! Takde salahnya untuk panggil orang dengan gelaran yang sepatutnya. Tapi, bukan semua setuju dengan pendapat aku. Masing-masing punya alasan dan tak perlu untuk dipertikaikan. Kalau mereka selesa dengan gelaran yang sepatutnya, aku tak punya masalah untuk ikut. Andainyanya mereka tak suka, aku ikutkan saja ragam mereka.

Terlalu ramai yang mengatakan aku iras arwah ayahku. Kata-kata mereka itu betul dan aku amat bangga dengan kenyataan itu. Ibu aku selalu kata aku merupakan pengubat rindu. Malah, ada juga tabiat dan kegemaran ayah yang turut aku gemar di bawah sedarku. Keluarga ayah berasal dari Kepulauan Indonesia. Embah (datuk) berasal dari Surabaya manakala nenek pula dari Pachitan. Mereka bertemu di Tanah Melayu. Aku pun tak tahu bagaimana. Jodoh yang dekatkan mereka. Perkahwinan mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Ayahku merupakan anak yang bongsu dan kesayangan embah serta nenek. Aku dan adik-beradik yang lain sering dicemburui oleh sepupu kami. Mungkin embah dan nenek lebih manjakan kami. Ibuku juga merupakan menantu kesayangan. Bukan kami yang minta untuk perhatian yang lebih. Sayangnya, lepas ayah meninggal, ikatan kekeluargaan di sebelah ayah mula renggang. Entahla... Aku tak nak menyalahkan sesiapa. Manusia punya kekurangan. Lagipun, embah dan nenek pun dah takde.

Ibuku juga merupakan anak bongsu dalam keluarga. Atuk dan wan hanya tinggal di kampung yang bersebelahan dan perkahwinan ditentukan oleh keluarga. Atuk di sebelah Kanchong manakala wan pula di Kampung Solok. Sebelah jer... Kalu jogging pun confirm sampai. Ibuku juga merupakan anak manja dalam family. Malah ketika wan sakit tua, dia ingin meninggal dalam jagaan ibu aku. Hasratnya tertunai, wan pergi di pangkuan ibuku. Aku di sekolah tika itu. Rumah di kampung masih dijaga. Yang ada cuma tok chik. Ingin jadikan homestay tapi banyak modal yang kena keluar. Hubungan kekeluargaan di sebelah ibu juga rapuh. Aku sudah lali dengan keadaan itu. Tiada apa untuk dipersoalkan.

Baru-baru ni, along ada buat family tree. Besar betul! Tapi aku tak kenal semua. Yang pastinya, aku sekadar ingin tahu. At least kalau jumpa, takla tercengang. Tahu la nak tanya apa-apa yang patut. Aku nak buat family tree juga tapi mini punya. Start dengan ayah dan ibu. Then semua siblings aku. Setiap pertumbuhan keluarga dapat dikenalpasti. Juga untuk pastikan takde anak-anak saudaraku ada nama panggilan yang sama. Kejam kan? Haha...

Last Day of the Journey

Jan. 11 - Sunday

Hari ni dah nak balik! After breakfast, kami plan nak bertolak awal. Entahla... Instinct aku rasa macam ada yang tak kena tapi aku tak nak fikir yang buruk. So, kami check-out pukul 10 pagi. MALANG! On the way balik, kereta pula buat hal. (Sebenarnya memang kereta tu ada problem sikit time nak pergi tapi alang aku tak nak patah balik) So, baru setengah jam jalan, time tu dah nak sampai Sungai Perak, gear kereta tu dah mula tunjuk belang. Tak boleh tukar gear maa! Macam mana nak naik bukit kat Tapah nanti? Jadi, kena berhenti tepi jalan dan call Plus. 1st time experienced! Gubra jugak. At first, ingat ada masalah dengan klac. So, tow car bawak kitorang pergi bengkel kat Kuala Kangsar. Dari 12.30 sampai 6.30 kat bengkel jer! Hari Ahad mana nak cari kedai spare-part yang buka. Lagipun, bukan masalah klac tapi gear box. Just 1 hal tapi kena tukar whole gear box. Nangis la macam ni. Nasib baik dapat replace tapi 2nd hand la sebab beli kat kedai potong kereta. Agagagaga.... Malas nak kecoh sebab memang penat menunggu. Nanti habis pula tenaga. Dahla tak lunch apa-apa. Alhamdulillah... Dapat balik on da sama day walaupun dah lewat petang. Sayangnya, duit melayang agak banyak. Gear box punya pasal, diamkan ajer. At last, sampai rumah 12.30 pagi. Letih tu jangan kata. Unpack beg dan mandi. 1.30 baru dapat tido... zzzzz....

2nd day at BuKit Merah Laketown REsort

Jan. 10 - Saturday

Aku bangun lewat... Dah 6.30 pagi. Memang terkocoh-kocoh mandi. Lepas bersiap, kami ke The Colours Restaurant untuk breakfast. Hmmm... Boleh tahan best dan aku terasa kenyang sangat. After breakfast, Kami ke main building for activities. Alang beli tiket Eco Combo. RM 25 per head for adult. 1st destination, Orang Utan Island! Tengok life and cara diorang diajar untuk survive di habitat asal. Ada ICU kat situ untuk baby orang utan. Cute betul orang utan yang namanya April. Umur dia 9 bulan. Then kami tengok dokumentari pasal penjagaan orang utan. Susah juga nak jaga. Lebih kurang macam nak besarkan manusia jer. Hehehe... Lepas tengok, kami naik bot balik dan menuju ke main jetty. Then, kami naik Chairlift! Best tengok pemandangan dari atas. Lepas dah berjemur bawah matahari, kami pergi Eco Park lagi walaupun malam tadi dah pergi. Mari tengok version siang pula! Around sebelas ada Parrot Show and kami jumpa balik Renjer Azlan. Ada seekor parrot ni yang sangat pandai. Boleh buat subjek Maths! Tak pernah jumpa parrot yang pandai mengira. Boleh kata, overall shows were very cool! Keluar je dari situ, angah nak pergi beli gift pulak. Letih bangat ni! (Gatal! Semalam tak nak beli.) Kami lunch kat Colours Restaurant and my lunch was totally delicious! Home-made black paper sauce. Its time to rest and bath!

Petang kami dihabiskan dengan memerap dalam bilik. Tak larat kaki ni nak jalan. Ada juga teringin nak naik basikal ronda-ronda sekitar tapi nak bangun pun dah letih sangat. Kat apartment takde Astro so kami tengok TV3 je. Apa yang ada? Hindustan movie! Hahaha... Tak tengok habis pun... Tido depan tv. Aku bangun tido pun sebab dah kena kejut. Al-maklumlah, dah pukul 6.30. Dah nak maghrib kan... Our dinner were chicken rice. Aku minum milo ais. Yang peliknya, aku makan tak habis. Kena laaa alang aku jadi cleaner habiskan nasi aku. My mom and sys balik bilik tapi aku and my bro pergi lobby. Wifi punya pasal sebab ada hal yang aku kena bereskan. Yang ada dalam kepala, katil dan bantal. Asal ngantuk lagi huh? Tak tau... Tido jer laa... Zzzzz....