April 17, 2009

They Complete My Life... (Part 1)



Siapa ini? Inilah Meor Amirul Naqiuddin b. Ruslan. Ini merupakan antara orang paling awal yang rapat dengan aku ketika aku mula melangkah ke alam sekolah menengah. Walaupun dia lambat masuk, semakin aku kenal dia semakin banyak yang aku ingin tahu. (Dia suka cakap pasal kapal terbang!) Biarlah orang lain merasa jengkel, menganggap sahabat aku yang seorang ini seorang 'poyo'. Aku tak pernah malu untuk mengaku bahawa dialah sahabatku. Bagi anda yang tidak kenal dia, mungkin telah mendapat persepsi yang salah tentangnya. Bagi aku, dialah antara sahabat yang paling penting walaupun banyak kali buat aku pening. Pernah ada insiden yang hampir buat aku dan dia putus kawan. Kerasnya hati aku merajuk dengan dia. Alhamdulillah... Aku dapat atasi salah faham yang berlaku. (Tak guna merajuk lama-lama tapi adalah few months tak cakap dengan dia) Aku tak pasti dia ingat atau tak. To Amirul, walau apa yang orang lain cakap, I'm glad u are my beshtie! Kau jer yang hampir buat aku menangis. Tak percaya? Tanyalah Sofea. Dia saksinya... Hahaha... I'll always support u but not on any stupid things. (Aku hampir nangis dowh tulis ni) p/s: Nak tau tak? Aku dulu pernah ada crush kat kau! Hahaha... tapi tu dulu tidak lagi kini.



D.O.B - 15th July 1991 @ 13 Muharram 1412H

Sign - Cancer






0 comments:

Post a Comment