April 12, 2009

My Family Tree

Get to know more about our ancestors is totally an interesting experience. Kadang-kadang bila balik kampung, aku jadi terpinga. Tak tahu pangkat apa dan apa kata ganti nama yang sesuai untuk digunakan. Ada anak-anak buah yang keberatan untuk panggil aku 'Mak Su' kerana jarak umur yang tidak jauh. Bagi aku, gelaran itu merupakan perkara yang essential dalam hidup. Aku tak pernah kekok untuk digelar sebegitu. Sometimes, I asked myself whether my action is right. The answer? Yes! Takde salahnya untuk panggil orang dengan gelaran yang sepatutnya. Tapi, bukan semua setuju dengan pendapat aku. Masing-masing punya alasan dan tak perlu untuk dipertikaikan. Kalau mereka selesa dengan gelaran yang sepatutnya, aku tak punya masalah untuk ikut. Andainyanya mereka tak suka, aku ikutkan saja ragam mereka.

Terlalu ramai yang mengatakan aku iras arwah ayahku. Kata-kata mereka itu betul dan aku amat bangga dengan kenyataan itu. Ibu aku selalu kata aku merupakan pengubat rindu. Malah, ada juga tabiat dan kegemaran ayah yang turut aku gemar di bawah sedarku. Keluarga ayah berasal dari Kepulauan Indonesia. Embah (datuk) berasal dari Surabaya manakala nenek pula dari Pachitan. Mereka bertemu di Tanah Melayu. Aku pun tak tahu bagaimana. Jodoh yang dekatkan mereka. Perkahwinan mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Ayahku merupakan anak yang bongsu dan kesayangan embah serta nenek. Aku dan adik-beradik yang lain sering dicemburui oleh sepupu kami. Mungkin embah dan nenek lebih manjakan kami. Ibuku juga merupakan menantu kesayangan. Bukan kami yang minta untuk perhatian yang lebih. Sayangnya, lepas ayah meninggal, ikatan kekeluargaan di sebelah ayah mula renggang. Entahla... Aku tak nak menyalahkan sesiapa. Manusia punya kekurangan. Lagipun, embah dan nenek pun dah takde.

Ibuku juga merupakan anak bongsu dalam keluarga. Atuk dan wan hanya tinggal di kampung yang bersebelahan dan perkahwinan ditentukan oleh keluarga. Atuk di sebelah Kanchong manakala wan pula di Kampung Solok. Sebelah jer... Kalu jogging pun confirm sampai. Ibuku juga merupakan anak manja dalam family. Malah ketika wan sakit tua, dia ingin meninggal dalam jagaan ibu aku. Hasratnya tertunai, wan pergi di pangkuan ibuku. Aku di sekolah tika itu. Rumah di kampung masih dijaga. Yang ada cuma tok chik. Ingin jadikan homestay tapi banyak modal yang kena keluar. Hubungan kekeluargaan di sebelah ibu juga rapuh. Aku sudah lali dengan keadaan itu. Tiada apa untuk dipersoalkan.

Baru-baru ni, along ada buat family tree. Besar betul! Tapi aku tak kenal semua. Yang pastinya, aku sekadar ingin tahu. At least kalau jumpa, takla tercengang. Tahu la nak tanya apa-apa yang patut. Aku nak buat family tree juga tapi mini punya. Start dengan ayah dan ibu. Then semua siblings aku. Setiap pertumbuhan keluarga dapat dikenalpasti. Juga untuk pastikan takde anak-anak saudaraku ada nama panggilan yang sama. Kejam kan? Haha...

0 comments:

Post a Comment