April 17, 2009

Harmony Life

Stabilkah keadaan negara sekarang? Aku tak reti hal-hal politik tapi aku makin takut melihat perang yang sedang melanda. Turunnya Pak Lah dan naiknya Najib, apakah akan membawa perubahan? Memang terlalu awal untuk dinilai tetapi sekiranya PM sekarang disamakan dengan Tun Razak, memang terlalu jauh bezanya. Setiap pemimpin punya cara untuk meneruskan propaganda mereka namun diharapkan tidak terpesong daripada matlamat asal mereka diangkat menjadi pemimpin. Kita hanyalah orang awam yang memandang isu-isu semasa yang berlaku tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di peringkat akar umbi. Aku pernah teringin untuk terlibat dalam sains politik tapi bakat itu tidak ada dalam diri. Aku suka mendengar mereka berkata dan mengulas tapi sebenarnya kepercayaan yang ada masih jauh panggang daripada api.

Sebagai pelajar, aku cuma sangat berharap agar keharmonian ini dikekalkan. Janganlah apa-apa yang buruk jadi. Aku taknak lah timbulnya kecelaruan dan menyebabkan jatuhnya sebuah negara. Walaupun dah lebih 50 tahun kita mendapat kemerdekaan, situasi sebegini boleh meragutnya pada bila-bila masa. Sensitiviti kaum, masalah dalaman parti, salah guna kuasa, rasuah dan kurang turun padang seolah-olah sudah menjadi lumrah dalam hidup kita. Agaknya, ke mana hilang pemimpin yang berkaliber dan amanah? Saban hari di dada akhbar, banyak masalah yang berbangkit dan tidak dapat diselesaikan. Bila difikirkan balik, aku pula yang runsing. Akalku makin lambat menangkap apa yang sedang terjadi. Hahaha...

Alhamdulillah... Keadaan sekarang masih lagi terkawal. Pemimpin yang baru dengan propaganda politik yang baru. Dengan keyakinan yang sebegini, mampukah Malaysia terus bertahan? Doaku agar segala yang terjadi dapat bertemu jawapannya.

0 comments:

Post a Comment