Apa pandangan anda ye? Minat membelek komik ada sejak aku jemu dengan novel-novel cinta. Bagi aku, hidup dalam novel tu terlalu sempurna. Konflik yang dilalui juga terlalu rumit tapi dapat diselesaikan dengan jayanya walaupun lambat dan berbelit. Aku bukan mengkritik tapi aku lebih sukakan realiti berbanding khayalan. Jadi aku mula bertukar angin. Novel yang sentiasa jadi pilihan aku kini adalah berbahasa Inggeris dan pastinya; jauh daripada topik cinta. Asalnya cuma ingin cari kelainan tapi akhirnya melekat. Ada kawan-kawan yang tengok aku pelik dan sedikit 'high class type' tapi bukan itu maksud aku. Minat tu bukan boleh dipaksa. Aku memilih ikut keselesaan. Tak salahkan?
Selain novel Inggeris, aku juga melangkah ke dunia komik. Adatlah perempuan... Banyak sangat topik yang ada sangkut-paut dengan cinta. Rakan sekelasku buat aku kenal komik 'cintan' yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu semasa aku di tingkatan 3. Asalnya komik tu dari Jepun. Aku rasa, tak kena dengan jiwa aku. Aku nak baca realiti! Aku tak nak jadi 'Miss Perfectionist'. Jadi, aku selak-selak majalah gempak starz. Aku jumpa! Cuma aku tak ingat sangat sebab aku hanya baca masa tu jugak. Aku tak beli pun sebab aku suka ruangan tu jer. Rasa membazir nak beli 1 majalah tapi baca 1 'part' jer. Aku mula mencari karya yang ditulis oleh Zint. Komik dia rock! Sempoi... Mudah dan realiti yang aku cari-cari selama ni. Komik 1st yang aku ada; Cheap Shot. Coloured version. Kartun dia sempoi and tak perfect. Nak tau? Pergi tengok sendiri kat kedai.
Gempak starz ada komik versi Inggeris tapi susah nak dapat kat Seremban ni. Aku pun agak malas nak ronda 1 bandar sebab nak cari. Untuk pengetahuan umum, hanya komik yang dihasilkan oleh Zint aje aku beli. Yang lain tak dapat pikat hati aku. Sebab aku ni 'picky reader'. Semua benda yang berkaitan bahan bacaan mestilah berbaloi. In addition, jimat sikit duit! Beli apa-apa yang perlu dan jangan membazir. Satu-satunya komik Zint versi Inggeris yang aku ada, hanyalah 'Under 18'. Tu pun baru-baru ni jumpa. Sakit jiwa aku! Dahla susah nak jumpa pastu 1 jenis je yang ada. Isk3... Masak aku dibuatnya.
Kalau nak cepat ada semua koleksi, kena 'order' terus daripada gempak starz tapi aku nak 'thrill' dulu. Nanti dah penat cari, aku 'order' jer terus. Tak payah buang masa. Jadi, apa pendapat anda?> Nak ceritakan komik yang anda minat? Tulis jer dalam blog anda then 'buzz or leave comment' kat 'page' ni ok? I will right away read it. Saja nak kongsi minat...
February 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment