February 09, 2009

Journey to Bukit Merah Laketown Resort

~ Jan.9 Jumaat ~

Aku terasa letih sangat. Tidur malamku langsung tak nyenyak. Di mana silapnya, aku sendiri tak tahu. Pagi ini, aku sudah terjaga seawal 5 pagi. Masih ada 40 minit lagi. Aku sekadar terkebil memandang siling dan kipas yang ligat berpusing. Sejuk betul angin pagi. Dinginnya menggigit kulitku. Aku tidak tega sekadar baring begitu. Jam yang diset telah dimatikan. Longlai langkahku ke kamar mandi. Heater yang panas buat aku leka menyulam angan. Sedar telah mengambil masa yang lama, aku cepat-cepat membilas sabun di badan. Air yang dijerang berwisel kuat. Favourite untuk breakfast; MILO. Aku sudah siap berdandan dalam masa kurang 15 minit. Masa yang agak singkat daripada kebiasaan pada waktu pagi. Aku masukkan barang-barang yang masih belum dipek ke dalam beg. List barang aku tatap buat entah sekian kali. Setelah pasti tidak ada yang tertinggal, aku kunci rapat beg aku. Masa yang ditetapkan untuk bertolak adalah 7 pagi. Janji Melayu, jarang dipatuhi. Aku mula rimas. Memang bukan gayaku untuk lewat. Menunggu 5 minit pun sudah menjadi cacing kepanasan. Inikan pula setengah jam. Lambat betul menunggu orang lain bersiap.

Beg-beg sudah aku letak di bonet belakang. Enjin telah diperiksa dan dipanaskan namun masih belum bergerak. Setelah jam menunjukkan angka hampir 7.4o pagi, barulah kami bergerak menuju ke Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Angah driving? Memang lambat macam biasa. Lebih kurang 8.30 pagi, barulah sampai ke tempat yang dituju. Diorang tengah bersiap nak pergi kerja dan hantar anak-anak saudaraku ke taska. Kami nak tumpang letak kereta jer. Hehehe... Lepas alang sampai dan dah bye-bye anak-anak saudaraku yang comel, kami pun pergi untuk sarapan. Gerai orang Kelantan. Sambal? Kurang menarik perhatian tetapi masih boleh diterima oleh tekak. Kami mulakan real journey pukul 9.30 pagi. Masuk tol Sungai Besi, kami menuju ke Jalan Duta. Journey to Bukit Merah Laketown Reasort, started! Nothing special on the way to Perak. Adatlah highway, dikelilingi tumbuhan hijau. Mata hanya meliar memandang persekitaran. Tak dapat tidur walaupun tak cukup tidur malam tadi. 2 hentian pertama, kami hanya sekadar melepaskn penat dan pergi ke tandas bila perlu. 2km sebelum exit Bukit Merah, kami berhenti di Gunung Semanggol untuk lunch sekitar pukul 1 tengah hari.

2.20 petang, kami check-in di Laketown Service Apartment. 1st impression, kurang memuaskan.Bukannya memilih tetapi tak standard dengan harga yang dibayar. Takpelah, kami bukannya nak memerap di dalam bilik sahaja. Banyak aktiviti luar yang boleh dilakukan. Kami sekadar santai di bilik sehingga petang. Alang confirm penat driving. Aku takde lesen lagi nak tolong bawak. Angah? I don't think so. Dah dekat pukul 6 petang, aku lapar! Kami ke kawasan tumpuan utama yang menempatkan banyak aktiviti. Banyak juga stall kat sana. Tapi maaf yer, walaupun harga makanan murah tapi tak berbaloi. Tasteless. Aku sekadar alas perut. Sayang makanan dibazirkan begitu aje. Kami menunggu sehingga malam. Tujuan utama malam ni, Night Cruise. Ada offer Night Hoot. So, we join the club! Banyak betul info bermanfaat yang disampaikan oleh renjer kami, Putra. Sorilah... Malas nak panggil abang walaupun dia dah ada anak sorang. Yang paling aku suka, musang akar or nama dia , Ponco. Cute betul. Sempat juga tengok renjer Azlan bagi buaya makan. Besar betul! Berat Boy(buaya) mencecah hingga 500kg. Gulp! Malam tu memang penat sangat tapi berbaloi. Lapar lagi sebab tadi makan rasa macam tak makan jer. Kami balik ke apartment dan menuju ke lounge. Order bites yang simple tapi sedap especially sausages fried with onion. Walaupun dalam kuantiti yang sedikit tapi rasa kenyang betul sebab sedap. Milo panas pun pekat tapi next time kena pesan, kurang manis. Aku dah sampai penat tahap mata tak boleh buka. Mandi... Hanya katil yang ada dalam fikiranku. Zzz...

0 comments:

Post a Comment