January 21, 2009

Teman tapi Mesra ( T.T.M)

Teman tapi mesra? Tak pernah sekali timbul istilah itu dalam hidup aku. Baru-baru ini, seseorang telah isytiharkan hubungan kami kepada kategori itu. Relevankah istilah ini antara lelaki dengan perempuan? Mungkin ada yang menjawab ya dan sebahagian lagi menjawab tidak. Apa-apa sekalipun, itu adalah pendapat masing-masing. Bukan hak aku untuk menentangnya.

Di ruangan ini, semua tulisan aku adalah pendapat yang lahir daripada hati dan digarapkan melalui kata-kata serta lebih gramatis. TTM aku merupakan seorang lelaki yang berusia 20 tahun (2009). Dia? Kami sebenarnya dah lama kenal tetapi sekadar di Friendster, Myspace dan Yahoo Messenger. Tak pernah aku fikir akan terus berhubung dengan dia. Tambahan pula, hubungan itu ibarat tergantung kerana masing-masing sering sibuk dengan tugasan harian. Terutamanya ketika saat genting nak SPM. Hehehe... Susahlah nak control 2 perkara dalam 1 masa. Letih betul... Aku suka menyendiri dan susah untuk percayakan orang tetapi dengan dia, aku rasa senang nak bercerita (not all)...

Kenapa dia pilih TTM? Sebab bila dia tanya kat aku, aku sayangkan dia atau tak, aku cakap aku sayangkan dia. Hehehe... Memanglah sayang babe! Sebab dia suka dengar aku membebel dan cdkap tanpd henti. Bukan gunakan dia tapi I need someone to listen to me! Dia tak banyak soal. Sekadar dengar dan tutup mulut. Lagipun, aku memang sayang member! Tanyalah.. Aku kat member-member yang tak bape kenal pun aku panggil sayang. Dah terbiasa... Aku panggil member pun 'yunk' kadang-kadang tu... Tak pelik untuk aku tapi orang yang salah anggap, tergamam diorang! Huhuhu... Jangan marah ek? Dah habitlah panggil orang sayang... Tapi, bf orang aku tak buat perangai except aku memang tahu dia dan gf dia. Then, its ok because they know my habit.

Selain jejaka ni, ada seorang lagi taw. Sebaya jer umur diorang tapi kami bukan TTM. Yang seorang nie, aku lebih anggap macam abang dan sahabat. Dia sangat amanah simpan rahsia dan matang dalam membuat keputusan. He's brotherly... Senang untuk bawa berunding. Aku kenal dan tahu dia siapa lama dulu. Cuma kami baru rapat dalam setahun dua ni. Status kami? Sahabat akrab! Sayang sangat dengan semua member aku. Yang ni aku tak jadikan TTM sebab tak banyak common things about us. Kami borak agak formal. Aku suka cari pasal dengan dia. Ni pun dah lama tak gaduh dengan dia. Al-maklumlah... Kanak-kanak medic memang busy kan? (sorry pal ; if u read this).

Tak banyak yang dapat aku rungkaikan istilah TTM. Aku yang sebenarnya tak suka commit in serious relationship. My age satu hal. I'm too childish yet and don't hurt people is my new motto. Aku seriklah asyik nak minta maaf after clash. 2 experiences are more than enough to teach me a lesson. Guilty? Teramat sangat! Apa, ingat senang nak explain dan bagitahu benda yang jujur? Berat taw...

Pedomannya, jangan jatuh cinta pada usia yang tak sesuai dan orang yang tak sepatutnya. Untuk aku, aku tak ready to have something called 'love'. I've more responsible waiting ahead. Jadi, semua lelaki yang mendekati aku, anda cuma akan dapat title TTM sahaja. Not more than that!







2 comments:

Anonymous said...

salam..
nice blog...
rjin gak ko wat blog2 ni eh...
mule2 ak bce articel ni igt ak org nye,rupe2 nye x..
bce2 smpi bwh bru 'ak' ad..hehehe...
sian laki yg nk rapt ngn ko jus dpt title TTM je..huhu..
neway,pedoman ko 2 mmg btul..
ak sokong!=)

syara said...

hey... ko pn ader blog kn?
in english plak 2...
knp x trus menulis?
ader idea 2, expand jer laa...

Post a Comment