Aku ingin sangat menulis macam dulu-dulu. Aku sendiri tak tahu kenapa aku pilih untuk tidak menulis lagi. Mungkin kerana waktu yang mencemburui aku? Saat terlalu banyak idea yang datang, aku sentiasa padat dengan dengan jadual hidupku. Banyak homework yang perlu disiapkan sangat memenatkan. Tambahan pula, bukan menjadi tabiat aku untuk menggemari subjek yang bukan menjadi pilihan. Aku berusaha untuk mendapat results yang baik kerana itulah harapan ibu. Itulah yang mempu membuat guru-guruku tersenyum. Ibarat tiada keikhlasan dalam ku menuntut ilmu.
Sungguh! Kekesalan kadang-kadang timbul atas sikap acuh tak acuh aku itu. Namun, jiwa remaja yang memberontak membuat aku makin lemas. Aku cari pelbagai ruang untuk lebih memenuhi kehendak berbanding menyediakan kelengkapan. Orang kata, aku masih remaja dan terlalu anak-anak untuk berfikir secara matang. Samapai bila harus begitu kan? F4 dan F5, aku bertatih untuk selaraskan kehidupan agar aku dapat hidup berdikari. Susah pada awalnya sebab terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Tambahan pula, SEMUA kawan baik aku dah berpindah ke sekolah lain. Bukan seorang dua, SEMUA! Aku buntu masa itu. Thinking... Can I survive? But yes, I'm wise enough not to be emotionally attached with their decision to leave. I'm a survivor now. Sunyi? Memang pada awalnya terasa sangat kehilangan. Aku banyak diam... Mula sesuaikan diri dengan orang-orang yang dah biasa aku tengok tapi baru nak kenal. Cuma 1 kekurangan mereka, kejujuran. Aku rindu untuk dengar orang tegur kesilapan aku. Tiada siapa yang kata aku buat silap dan bawa aku ke jalan yang betul balik. Aku harus ingat semuanya sendiri. Itulah alasan yang membuat aku utuh untuk berubah dan matang daripada usia aku.
Banyak yang dah berubah... Aku kadang-kadang tak kenal siapa aku. Yang pasti, aku sayang semua sahabat aku. Aku sanggup menangis kalau terlalu risaukan mereka especially Amirul. Ramai yang sangka, aku sukakan Amirul lebih daripada sahabat tetapi itu silap. Aku tak pernah menangis kerana risaukan orang yang aku suka (bf) kerana takde guna. Aku menangis lepas berlakunya break-up sebab aku rasa bodoh buang masa dengan orang yang tak sepatutnya (dan kerana aku tak patut ambil risiko lukakan hati orang). Ya... orang yang jadi mangsa aku...(adalah orangnya). Yang paling aku respect, 2 orang lelaki ni tak pernah salahkan aku. Memang bukan selayaknya untuk aku. Aku harapkan segala yang terbaik untuk mereka berdua. Thanks guys! U are too amazingly good enough for me!
Jadi, hobi aku yang terkini, baca blog di Internet. Hobi lama yang datang balik dan akan kekal kerana aku kini mula menulis selepas agak lama berhenti. Sebelum ini, aku lebih banyak letak karya orang di blog sebab tak punya kekuatan untuk menulis. Reaksi rakan sebaya dengan blog? Hampeh! Takde seorang pun yang supportive. Di friendster, hanya seorang lelaki yang selalu baca blog aku kerana jejaka ini juga rajin berkarya. Aku suka sebab blog dia adalah cerpen pendek. Sangat menarik perhatian. Aku harap, aku dapat terus menulis. Aku rindu sangat dengan hobi ni...
January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment