Aku sentiasa mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam subjek prinsip perakaunan. Entah kenapa, aku tak perlu belajar bagai orang gila untuk pastikan 1A dalam tangan untuk subjek ini. Cukuplah sekadar yang aku pelajari sewaktu dalam kelas dan tuisyen. InsyaAllah semuanya tersimpan kemas dalam memoriku. Tak perlu untuk aku membuat revision seperti subjek yang lain. Itulah yang meyakinkan aku bahawa inilah duniaku pada masa akan datang. Rakan-rakan juga seakan menyokong keinginan aku. Mereka sering memanggil aku dengan gelaran 'cikgu' setiap kali tiba waktu subjek akaun. Yang mampu aku lakukan hanyalah tersenyum dan membantu mereka sebaik yang mungkin.
Kini, aku seakan berubah arah. Aku ingin menjadi seperti apa yang aku inginkan tetapi dalam pada masa yang sama, aku juga ingin mencuba perkara baru. Pramugari contohnya... Dalam masa yang begitu singkat, minat mula timbul. Selesai menduduki peperiksaan SPM 'O8, aku tiba-tiba teringat kembali cabaran yang pernah dikatakan oleh ibuku. Dunia pramugari memang menarik cuma aku tidak tahu apakah aku mampu bersaing dengan dunia sosialnya yang sangat bebas. Memang betul, pramugari merupakan batu loncatan untuk mula mengembara mengenali negara orang tetapi aku sendiri belum habis menjelajah negeri kelahiranku ini. Hehehe...
Jadi yang timbul sekarang, apakah masa hadapan yang aku perlu pilih sekarang. Meneruskan cita-cita untuk menjadi seorang akauntan yang bertauliah ataupun mengikut perubahan angin yang dari mana datangnya untuk menjadi seorang flight attendant. Aku masih mencari dan membuat perbandingan. 1 pilihan yang ada untuk merungkai persoalan ini adalah kembali ke sekolah dan bertemu dengan kaunselor tersayang a.k.a ibu angkatku dan bertanya pendapat serta cara-cara untuk mendapatkan maklumat.
Hari ini, musim persekoalhan telah bermula. Kepada adik-adikku yang masih menuntut di SMK King George V, Seremban, Sys Shiro ucapkan all the best. Pada sahabat-sahabat yang dirindui; Sofia, Hanisah, Amirul, Kamal, Faris dan Faridzman... Keep in touch k? Pada juniorku yang paling rapat; Aiman, Sofea, Ieka... Jangan main-main, SPM tahun ni...
~ Semoga bertemu lagi dalam blog yang akan datang ~

0 comments:
Post a Comment